CARA GUNA RONASUTRA MINERAL POWDER

Saya ingin memberi sedikit tips utk menggunakan mineral makeup ni. Kebanyakan daripada pengguna masih lagi tidak biasa dgn penggunaan mineral makeup. Takut kalau tersalah guna, akan mengakibatkan pembaziran & nampak kurang natural.

Menggunakan mineral make up sepatutnya digunakan bersama brush iaitu KABUKI brush. Kabuki brush ni sgt lembut, meratakan mineral powder (menutup pores dgn efektif) & menjimatkan penggunaan mineral powder. Tapi disebabkan harga KABUKI brush ni agak mahal, tak ramai yg nak melabur semata2 utk brush. But, beleive in me, brush is one of the important factor when using mineral makeup.

  1. Sapukan moisturizer ke muka sebelum menggunakan mineral powder. Mineral powder sebenarnya akan blend sendiri dgn minyak semulajadi yg terhasil dari kulit muka kita, tetapi jika your skin is too dry, kemungkinan kulit anda akan kelihatan agak berdebu & tak natural. Apply moisturizer anda dan biarkan kering about 5 mins. 
  2. Goncangkan bekas powder yg bertutup dan gunakan brush. Anda boleh juga tuangkan powder melalui lubang kecil bekas tu ke penutupnya. Cara ini akan menghalang daripada pembaziran penggunaan powder yg terlalu banyak. Tuang lagi jika perlu selepas penggunaan pertama.
  3. Gunakan brush kecil (atau brush utk eyeshadow), untuk menutup cela atau parut dimuka anda. (Seperti guna concealer)
  4. Kemudian tekan brush (foundation brush/brush besar) pada bekas/penutup dan tekan hujung brush pada setiap bahagian seperti tengah dahi, pipi kiri kanan, dagu & hidung.
  5. Sapukan powder menggunakan brush secara sapuan bulatan (circular motion) sehingga semua powder pada muka anda telah kelihatan rata. Dan ini akan membantu mineral powder utk sebati dgn kulit juga.
  6. Anda boleh mengulang langkah 2, 4 & 5 utk mendapatkan kemasan yg anda ingini terutamanya di bahagian bawah mata atau seluruh muka dan leher.
  7. Anda boleh juga menggunakan 2 jenis ton warna utk mendapatkan ton wajah yg diingini:

*Contohnya, utk shading di bahagian pipi gunakan ton warna sedikit gelap dari ton yg digunakan pada base kulit anda. (shading gelap di tepi pipi utk efek muka sedikit tirus). Utk kulit cerah yg sgt pucat, selepas guna base 01 yg sesuai dgn warna kulit, boleh gunakan sedikit ton 02 atau 03 utk menambahkan sedikit warna kulit.
*Selepas 20-30mins sapuan mineral powder, kulit anda akan kelihatan lebih natural kerana minyak muka anda telah sebati dgn mineral powder ini.

0 comments:

Post a Comment